This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Apa itu WEP, WPA, WPA2-PSK dan Apa Perbezaannya?

Untuk anda yang memiliki Wifi, pasti sahaja anda tertanya-tanya mengenai sistem sekuriti Wifi iaitu WEP, WPA, WPA2-PSK.

Maksud WEP, WPA, WPA2-PSK dan Perbezaannya

Apa itu WEP?
Maksud WEP (Wired Equivalent Privacy)
Shared Key atau WEP (Wired Equivalent Privacy) adalah satu sistem sekuriti jaringan Wifi, disebut juga dengan nama Shared Key Authentication. Shared Key Authentication adalah cara pengesahan yang memerlukan penggunaan WEP. Enkripsi WEP menggunakan kunci yang dimasukkan (oleh administrator) ke client mahupun access point. Kunci ini harus sama dari akses point ke client, dengan yang dimasukkan client untuk pengesahan menuju access point.

Apa itu WPA?
Maksud WPA (Wireless Application Protocol)
Wireless Application Protocol disingkat WAP adalah standard terbuka antarabangsa untuk aplikasi yang menggunakan komunikasi Wifi. Tujuan utamanya untuk membangun aplikasi yang dapat mengakses internet dari telefon mudah alih atau PDA. Disingkat dengan nama WAP.

Standard protokol untuk aplikasi wireless (seperti yang digunakan pada telefon pintar). WAP adalah sebuah protocol atau sebuah teknik messaging service yang memungkinkan sebuah hp digital atau terminal mobile yang mempunyai kemudahan WAP, melihat/membaca isi sebuah laman web di internet dalam sebuah format teks khusus. Laman internet ini harus merupakan laman web dengan kemudahan WAP.

Apa itu WPA-PSK?
Maksud WPA-PSK (Wi-Fi Protected Access – Pre Shared Key)
WPA-PSK (Wi-Fi Protected Access – Pre Shared Key) adalah sistem sekuriti jaringan Wifi dengan menggunakan kaedah WPA-PSK jika tidak ada pengesahan server yang digunakan. Oleh yang demikian, access point dapat dijalankan dengan mode WPA tanpa menggunakan bantuan komputer lain sebagai server. Cara mengkonfigurasikannya juga cukup sederhana. Perlu diketahui bahawa tidak semua access point akan mempunyai kemudahan yang sama dan tidak semua access point menggunakan cara yang sama dalam mendapatkan Shared-Key yang akan diberikan kepada client.

Apa itu WPA2?
Maksud WPA2
WPA2 adalah pensijilan produk yang tersedia menerusi Wi-Fi Alliance. Pensijilan WPA2 hanya menyatakan bahawa peralatan Wifi yang sesuai dengan standard IEEE 802.11i. Pensijilan produk WPA2 yang secara rasmi menggantikan wired equivalent privacy (WEP) dan ciri sekuriti lain yang asli dengan standard IEEE 802.11. Tujuan pensijilan WPA2 adalah untuk menyokong ciri sekuriti standard IEEE 802.11i yang kini hampir digunakan semua produk elektronik.

Perbezaan WEP, WPA, WPA-PSK

WEP
WEP adalah skuriti wireless yang pertama diperkenalkan. Jenis sekuriti ini mudah untuk digodam dan diceroboh. WEP menggunakan 64bit dan 128bit. Ada dua cara untuk memasukkan WEP key, sama ada anda set sendiri atau generate menggunakan passphrase. Passphrase akan menjana WEP key secara automatik untuk anda bila anda masukkan abjad dan menekan generate. Untuk pengetahuan anda, ia hanya boleh memasukkan 0-9 dan A-F(hexadecimal). Panjang key bergantung jenis securiy anda, jika 64bit, anda kena masukkan 10key, dan untuk 128key pula anda kena masukkan 26key.  Tak boleh kurang dan lebih.

WPA-PSK
WPA-PSK adalah security yang lebih update dari WEP. WPA-PSK mempunyai decryption yang ada pada WEP. Malah ia menambahkan security yang lebih pada wireless anda. WPA-PSK masih berisiko digodam atau diceroboh, tetapi mengambil masa lebih lama dari WEP. Panjang key adalah 8-63, anda boleh memasukkan sama ada 64 hexadecimal atau ASCII(seperti biasa).

WPA2-PSK
WPA2-PSK adalah security terbaharu untuk wireless, dan lebih baik berbanding WEP dan WPA-PSK, tetapi masih juga berisiko untuk digodam dan diceroboh tetapi sangat memakan masa.  Dalam WPA2-PSK ada dua jenis decryption, Advanced Encryption Standard (AES) dan Temporal Key Integrity Protocol (TKIP). TKIP banyak kelemahan oleh itu lebih baik anda gunakan AES. Panjang key adalah 8-63, anda boleh memasukkan sama ada 64 hexadecimal atau ASCII(seperti biasa).

Jadi, sistem terbaik untuk sekuriti Wifi rumah anda adalah WPA2-PSK(AES) kerana ianya lebih selamat dan mengambil masa untuk diceroboh dan mungkin saja tidak berjaya digodam.

Sumber: Blogmazeer.com

Cara Tukar Wifi WEP ke WPA Streamyx 2015

Secara general, sekuriti pengguna Streamyx menggunakan WEP. Sekuriti WEP sangat lemah berbanding WPA. Tidak hairanlah kenapa Wifi mudah digodam dan dicuri.

Jadi, saya sarankan anda semua untuk menukar sekuriti Wifi anda sekarang juga kerana penjualan alat untuk menggodam Wifi sangat meluas pada hari ini.

Sila download "Fing" pada telefon pintar atau "Whos on my wifi" pada komputer anda untuk mengesan siapa yang sedang menggunakan Wifi rumah anda.
Apa itu WEP dan WPA?
1. WEP(Wire Equivalent Privacy) sistem sekuriti wifi yang pertama dicipta dan bersifat statik.
2. WPA(Wi-Fi Protected Access) sistem sekuriti wifi terkini dan bersifat berubah-ubah.
Kenapa WEP mudah kena hack? Sebab statik. Kalo WPA, dia berubah-ubah dan membuatkan proses hacking lebih lama dan kemungkinan besar tak berjaya.
Pengalaman Wifi kena hack adalah sangat menyakitkan hati. Mana tidaknya, kita yang bayar, si penggodam pula sedap-sedap guna.

Jangan risau, di sini saya akan ajarkan kepada anda cara mudah untuk menukar sekuriti WEP kepada WPA modem streamyx Innacomm W7100N.

Cara Tukar Wifi WEP Ke WPA Streamyx 2015
Biasanya, hacker menggunakan Alfa atau Signal King untuk menggodam Wifi anda.

Ada 4 prosedur utama yang anda kena lakukan untuk menukar sekuriti Wifi kediaman anda.
Tukar Password Wifi WEP Ke WPA Streamyx 2015
Open http://192.168.1.1/, login: tmadmin, password: Adm@****(4 digit terakhir No. MAC Adress modem anda).

1. Buka browser http://192.168.1.1/ dan masukkan login ID dan kata laluan anda. Secara general, login ID adalah tmadmin dan password adalah Adm@****(4 digit terakhir No. MAC Adress modem anda).

Contohnya,
Login: tmadmin
Password: Adm@1234
(√) Quick Setup Mode
Mac address modem boleh didapati di belakang modem Wifi anda.

Jangan lupa "tick" pada "Quick Setup Mode" dan terus tekan butang "Login".
Tukar Password Wifi WEP Ke WPA Streamyx 2015
 Pastikan anda memasukkan Username dan Password streamyx yang didaftarkan. (WAJIB MASUKKAN SEMULA PASSWORD)

2. Setelah menekan butang login tadi, anda akan dibawa ke halaman ini. Pastikan anda memasukkan Username dan Password streamyx yang didaftarkan. (WAJIB MASUKKAN SEMULA PASSWORD)

Di halaman ini, ada dua jenis "connection type". Pilih "Router Mode" untuk Wifi dan setelah selesai, tekan "Next".
Pilih "WPA Encryption" dan masukkan kata laluan.


3. Di sinilah anda boleh menukar sekuriti Wifi kediaman anda. Pilih "WPA Encryption" dan masukkan kata laluan.

Contoh kata laluan terbaik: $m4z33rm0h4m4d$
Kata laluan tu, lagi serabut lagi elok.
Setelah selesai, klik sahaja "Next" untuk ke laman seterusnya.
Tukar Password Wifi WEP Ke WPA Streamyx 2015
Tekan "save" dan anda telah berjaya menukar sekuriti Wifi anda.
4. Sekiranya anda telah sahkan, tekan sahaja "save" dan anda telah berjaya menukar sekuriti Wifi kediaman anda. Tahniah!

Sekiranya ada masalah, terus hubungi TM Customer Service. Telefon "100" menggunakan telefon rumah anda.

P/s: Sekiranya anda masih juga ingin menggunakan Security WEP dan hanya mahu menukarkan password, ikuti langkah 2 dengan hanya pilih "WEP Encryption" dan terus ke langkah 3 dan 4.

Sumber: Blogmazeer.com