Untuk anda yang memiliki Wifi, pasti sahaja anda tertanya-tanya mengenai sistem sekuriti Wifi iaitu WEP, WPA, WPA2-PSK.
Apa itu WEP?
Maksud WEP (Wired Equivalent Privacy)
Shared Key atau WEP (Wired Equivalent Privacy) adalah satu sistem sekuriti jaringan Wifi, disebut juga dengan nama Shared Key Authentication. Shared Key Authentication adalah cara pengesahan yang memerlukan penggunaan WEP. Enkripsi WEP menggunakan kunci yang dimasukkan (oleh administrator) ke client mahupun access point. Kunci ini harus sama dari akses point ke client, dengan yang dimasukkan client untuk pengesahan menuju access point.
Apa itu WPA?
Maksud WPA (Wireless Application Protocol)
Wireless Application Protocol disingkat WAP adalah standard terbuka antarabangsa untuk aplikasi yang menggunakan komunikasi Wifi. Tujuan utamanya untuk membangun aplikasi yang dapat mengakses internet dari telefon mudah alih atau PDA. Disingkat dengan nama WAP.
Standard protokol untuk aplikasi wireless (seperti yang digunakan pada telefon pintar). WAP adalah sebuah protocol atau sebuah teknik messaging service yang memungkinkan sebuah hp digital atau terminal mobile yang mempunyai kemudahan WAP, melihat/membaca isi sebuah laman web di internet dalam sebuah format teks khusus. Laman internet ini harus merupakan laman web dengan kemudahan WAP.
Apa itu WPA-PSK?
Maksud WPA-PSK (Wi-Fi Protected Access – Pre Shared Key)
WPA-PSK (Wi-Fi Protected Access – Pre Shared Key) adalah sistem sekuriti jaringan Wifi dengan menggunakan kaedah WPA-PSK jika tidak ada pengesahan server yang digunakan. Oleh yang demikian, access point dapat dijalankan dengan mode WPA tanpa menggunakan bantuan komputer lain sebagai server. Cara mengkonfigurasikannya juga cukup sederhana. Perlu diketahui bahawa tidak semua access point akan mempunyai kemudahan yang sama dan tidak semua access point menggunakan cara yang sama dalam mendapatkan Shared-Key yang akan diberikan kepada client.
Apa itu WPA2?
Maksud WPA2
WPA2 adalah pensijilan produk yang tersedia menerusi Wi-Fi Alliance. Pensijilan WPA2 hanya menyatakan bahawa peralatan Wifi yang sesuai dengan standard IEEE 802.11i. Pensijilan produk WPA2 yang secara rasmi menggantikan wired equivalent privacy (WEP) dan ciri sekuriti lain yang asli dengan standard IEEE 802.11. Tujuan pensijilan WPA2 adalah untuk menyokong ciri sekuriti standard IEEE 802.11i yang kini hampir digunakan semua produk elektronik.
Perbezaan WEP, WPA, WPA-PSK
WEP
WEP adalah skuriti wireless yang pertama diperkenalkan. Jenis sekuriti ini mudah untuk digodam dan diceroboh. WEP menggunakan 64bit dan 128bit. Ada dua cara untuk memasukkan WEP key, sama ada anda set sendiri atau generate menggunakan passphrase. Passphrase akan menjana WEP key secara automatik untuk anda bila anda masukkan abjad dan menekan generate. Untuk pengetahuan anda, ia hanya boleh memasukkan 0-9 dan A-F(hexadecimal). Panjang key bergantung jenis securiy anda, jika 64bit, anda kena masukkan 10key, dan untuk 128key pula anda kena masukkan 26key. Tak boleh kurang dan lebih.
WPA-PSK
WPA-PSK adalah security yang lebih update dari WEP. WPA-PSK mempunyai decryption yang ada pada WEP. Malah ia menambahkan security yang lebih pada wireless anda. WPA-PSK masih berisiko digodam atau diceroboh, tetapi mengambil masa lebih lama dari WEP. Panjang key adalah 8-63, anda boleh memasukkan sama ada 64 hexadecimal atau ASCII(seperti biasa).
WPA2-PSK
WPA2-PSK adalah security terbaharu untuk wireless, dan lebih baik berbanding WEP dan WPA-PSK, tetapi masih juga berisiko untuk digodam dan diceroboh tetapi sangat memakan masa. Dalam WPA2-PSK ada dua jenis decryption, Advanced Encryption Standard (AES) dan Temporal Key Integrity Protocol (TKIP). TKIP banyak kelemahan oleh itu lebih baik anda gunakan AES. Panjang key adalah 8-63, anda boleh memasukkan sama ada 64 hexadecimal atau ASCII(seperti biasa).
Jadi, sistem terbaik untuk sekuriti Wifi rumah anda adalah WPA2-PSK(AES) kerana ianya lebih selamat dan mengambil masa untuk diceroboh dan mungkin saja tidak berjaya digodam.
Sumber: Blogmazeer.com